Sunday 4 December 2011

Perpustakaan

Gambar di bawah menunjukkan suasana di dalam perpustakaan di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.


Kosa Kata
disusun rapi  被拍得端正
memilih 挑选
membaca buku 阅读书本
pustakawan 图书馆管理员
mengganggu 等候

Contoh Ayat

1. Dalam perpustakaan ini terdapat banyak buku dan majalah yang disusun
    dengan rapi.

2. Seorang murid sedang memilih buku dari rak-rak yang telah disediakan.

3. Beberapa orang murid sedang membaca buku dan berbincang di dalam
    perpustakaan.

4. Ada beberapa pustakawan sedang sibuk bertugas di kaunter perpustakaan .

5. Semasa berada di perpustakaan,  kita mesti senyap dan mematuhi peraturan
    agar tidak mengganggu orang lain.

Suasana Kelas

Suasana Kelas

Gambar di bawah menunjukkan suasana di dalam kelas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.



Kosa kata
mengajar 教导
menumpukan perhatian 专心
menjawab soalan 回答问题
menyimpam buku 收书
menulis catatan 做记录

Contoh Ayat:

1. Seorang guru wanita sedang mengajar mata pelajaran Matematik di dalam
    sebuah kelas.

2. Murid-murid di dalam kelas itu menumpukan perhatian semasa guru
    mereka sedang mengajar.

3. Seorang murid lelaki sedang berdiri untuk menjawab soalan daripada
    gurunya.

4. Terdapat  sebuah almari untuk menyimpan buku latihan murid-murid di
    dalam kelas ini.

5. Beberapa orang murid sedang sibuk menulis catatan di dalam buku latihan
    masing-masing.

Format Karangan

Format Karangan

1. Baca soalan terlebih dahulu, kemudian lihat gambar dengan teliti.
2. Fahami kehendak, maksud perkataan, situasi, umum dan aktiviti.
3. Ayat yang dibina mestilah:
                         (a) jelas dan boleh difahami
                         (b) perkataan dalam ayat tidak berulang-ulang.
                         (c) perkataan yang digunakan sesuai dengan gambar.
                         (d) ejaan, tanda bacam imbuhan serta kosa kata yang
                              digunakan mestilah tepat.

Latihan Kata Penguat

Latihan:

Garisi kata penguat yang terbaik.

1. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yang (terlalu, sangat, sekali) gagah.

2. Pakaian yang dijual di pasar raya itu (nian, sekali, agak) mahal.

3. Cantik (paling, agak, sangat)bekas tangan pemuda yang cacat anggota itu.

4. Marah ( paling, benar, sangat) Puan Norizan hari ini kerana ananknya didapati ponteng sekolah.

5. Cepat (sekali, agak, peling)dia menyiapkan kerja sekolahnya.

Kata Penguat


*ia digunakan menguatkan kata adjektif. Ia biasanya di depan dan
belakang kata adjektif.

Latihan Kata Pemeri

Latihan:

Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang betul.

1.      Encik Ramli__________Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.
2.      Hadiah ini_________untuk anak Puan Rosnah.
3.      Mesyuarat_________tentang masalh pengeluaran produk.
4.      Cakera padat digital___________alat penyimpan data digital.
5.      Sesetengah wayang_________tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
6.      Mendaki gunung_________aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda.

Kata Pemeri