Sunday, 4 December 2011

Karangan Jenis Surat Rasmi

Karangan Jenis Surat Rasmi
Panduan Mengarang
1.  Surat rasmi biasanya ditulis untuk memesan buku, memohon kebenaran, jawatan, rayuan,cadangan,aduan dan jemputan.

2.   Surat ini ditulis kepada pihak tertentu seperti pertubuhan, syarikat, orang yang mewakili pihak tertentu secara rasmi.

3.   Alamat penulis dan penerima, penggilan, tajuk/tujuan menulis surat dan tandatangan ditulis di sebelah kiri surat.Perenggan-perenggan surat hendaklah dinomborkan mulai perenggan kedua. Baris terakhir alamt penerima hendaklah digarisi dalam HURUF BESAR kesemuanya. Tarikh menulis surat hendaklah sebaris dengan baris terakhir alamat penerima surat.
4.   Biasanya, panggilan secara rasmi menggunakan tuan atau puan.

5.   Tajuk surat/tujuan menulis surat hendaklah ditulis selepas panggilan serta digarisi. Setiap huruf pertama semua perkataan dalam tajuk hendaklah ditulis dalam huruf besar.
6.   Selepas tandangan, nama pemulis yang lengkap mestilah ditulis dalam kurungan dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya.

7.   Tuliskan jawatan anda jika ada.

8.   Gunakan bahasa yang sopan dan rasmi( tidak seperti dalam surat tidak  rasmi).

Perkataan / Frasa/ Ayat yang digunakan

1.   Merujuk perkara di atas, / Berhubung dengan perkara di atas, ...
2.   Sehubungan itu,/Oleh itu,...
3.   Untuk memakluman tuan/puan,/ Untuk pengetahuan tuan/puan,...
4.   Surat yang bertarikh...
5.   Justeru,...
6.   Berserta surat ini, saya lampirkan cek yang bernombor... / bernilai RM...
7.   Saya meminta jasa baik pihak tuan agar...
8.   ...mempertimbangkan permohonan kami...
9.   ...secepat mungkin.
10.      Jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
    terima kasih,
 11.Yang benar, / Yang menjalankan tugas,

No comments:

Post a Comment