Sunday, 4 December 2011

Jenis Ayat


* Terdapat 4 jenis ayat, iaitu:
                             i) Ayat Penyata
                            ii) Ayat Tanya
                           iii) Ayat Seruan
                           iv) Ayat Perintah

Ayat Penyata
* ia ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.

   Contoh:
1)    Pencuri itu telah ditangkap.
2)    Pokok rambutan itu lebat buahnya.
3)    Mereka menjamu selera di warung.

 
Ayat Tanya
* ia ialah ayat untuk menanyakan sesuatu.

   Contoh:
1)    Di mana kamu tinggal?
2)    Bila dia akan datang?
3)    Mengapakah budak itu menangis?

Ayat Seruan
*  ia ialah ayat untuk melahirakan sesuatu perasaaan seperti  
    gembira, hairan, takut, geram aau sedih.

  Contoh:
1)    Wah, tingginya bangunan itu.
2)    Eh, dia pula yang datang.
3)    Syabas, kamu telah berjaya!


Ayat Perintah
   *  ia ialah ayat untuk memberi arahan, larangan, silaan atau  
        permintaan.

  Contoh:
1)    Jangan pijak rumput.
2)    Susun barang-barang ini.
3)    Harap kamu cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment