Sunday, 4 December 2011

Latihan Jenis Ayat

Latihan:

Tulis huruf untuk menyatakan jenis ayat.

Jenis Ayat


* Terdapat 4 jenis ayat, iaitu:
                             i) Ayat Penyata
                            ii) Ayat Tanya
                           iii) Ayat Seruan
                           iv) Ayat Perintah

Ayat Penyata
* ia ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.

   Contoh:
1)    Pencuri itu telah ditangkap.
2)    Pokok rambutan itu lebat buahnya.
3)    Mereka menjamu selera di warung.

 
Ayat Tanya
* ia ialah ayat untuk menanyakan sesuatu.

   Contoh:
1)    Di mana kamu tinggal?
2)    Bila dia akan datang?
3)    Mengapakah budak itu menangis?

Ayat Seruan
*  ia ialah ayat untuk melahirakan sesuatu perasaaan seperti  
    gembira, hairan, takut, geram aau sedih.

  Contoh:
1)    Wah, tingginya bangunan itu.
2)    Eh, dia pula yang datang.
3)    Syabas, kamu telah berjaya!


Ayat Perintah
   *  ia ialah ayat untuk memberi arahan, larangan, silaan atau  
        permintaan.

  Contoh:
1)    Jangan pijak rumput.
2)    Susun barang-barang ini.
3)    Harap kamu cepat sembuh.

Bentuk Ayat


* Terdapat dua bentuk ayat:
                            i) Ayat Tunggal
                           ii) Ayat Majmuk

i) Ayat Tunggal
          * ia ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
          * ia boleh terbina daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
             ayat seruan, ayat aktif atau ayat pasif.

Contoh:
1) Ani sedang tidur.
2) Raju menjadi pelukis?
3) Tolog keluar!
4) Wah, besarnya kereta bapa!
5) Buku itu saya pinjam.

ii ) Ayat Majmuk / Ayat gabungan
* ia ialah ayat yang terdiri daripada dua tunggal atau lebih.
Contoh:
Dia rajin.
Dia pandai.
Dia suka menolong.
Dia rajin, pandai dan suka menolong.

Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Latihan:

Teliti ayat-ayat aktif di bawah. Tukarkan ayat-ayat ini supaya menjadi ayat pasif yang sempurna.

1.      Adik Kai Min minum susu.

            __________________________________________

2.      Rosnah menulis karangan itu.

            __________________________________________

3.      Murid-murid mematuhi peraturan sekolah.
 
            __________________________________________

     4. Cikgu Lim memberi arahan kepada murid-muird.

          ____________________________________________


Latihan:

Teliti ayat-ayat pasif di bawah. Tukarkan ayat-ayat ini supaya menjadi ayat aktif yang sempurna.

1.      Lantai rumah dicuci oleh emak dan kakak.
  
      ________________________________________________


2.      Bangunan itu diruntuhkan oleh pekerja-pekerja.
       
            _________________________________________________

3.      Pasu bunga ini kamu pecahkan.

      _______________________________________________


     4.   Kuih-muih ini disediakan oleh emak saudara Salmah.

            _________________________________________________

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

Ayat Aktif
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-.

Contohnya:
(a) Emak memasak nasi di dapur.
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
(d) Ali menternak ikan emas di dalam akuarium

Ayat Pasif
1. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
2. tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.

Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
iii. Pensel ini saya asahkan.

3. berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.

Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
ii. Ikan emas diternak oleh Ali di dalam akuarium.
iii. Meja dilap oleh Susan dengan kain.

Latihan Kata Ganti Diri Ketiga

Latihan:

Isikan tempat kosong dengan Kata ganti diri pertama yang sesuai.


1.                 telah memenangi hadiah johan dalam pertandingan Bahasa Melayu.
2.                      bertiga tinggal sekampung di Teluk Bahang.
3.                      merupakan seorang guru yang berdedikasi dan penyayang.
4. Sultan Perak akan berangkat ke pekan Lumut.                  Akan  merasmikan Pseta Laut Lumut.
5. Adik saya menangis terseak-esak kerana                    digigit oleh anjing jiran saya.

Kata Ganti Diri Ketiga

Kata Ganti Diri Ketiga第三人称代名词(不在谈话中的人)

(a) ia merujuk kepada orang ketiga. .

     Contoh : dia, ia, mereka, beliau, baginda

Contoh:

1)    Dia bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.

2)    Ia akan didakwa di mahkamah tidal lama lagi.

3)    Mereka sedang bermain bola sepak di padang.

4)    Beliau menyeru murid-murid supaya berusaha untuk mencapai kecemerlangan..

5)    “ Beta sungguh gembira dan bangga,” titah baginda.