Gambar di bawah menunjukkan suasana di dalam perpustakaan di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.
Kosa Kata
disusun rapi 被拍得端正
memilih 挑选
membaca buku 阅读书本
pustakawan 图书馆管理员
mengganggu 等候
Contoh Ayat:
1. Dalam perpustakaan ini terdapat banyak buku dan majalah yang disusun
dengan rapi.
2. Seorang murid sedang memilih buku dari rak-rak yang telah disediakan.
3. Beberapa orang murid sedang membaca buku dan berbincang di dalam
perpustakaan.
4. Ada beberapa pustakawan sedang sibuk bertugas di kaunter perpustakaan .
5. Semasa berada di perpustakaan, kita mesti senyap dan mematuhi peraturan
agar tidak mengganggu orang lain.
Sunday, 4 December 2011
Suasana Kelas
Suasana Kelas
Gambar di bawah menunjukkan suasana di dalam kelas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.
Kosa kata
mengajar 教导
menumpukan perhatian 专心
menjawab soalan 回答问题
menyimpam buku 收书
menulis catatan 做记录
Contoh Ayat:
1. Seorang guru wanita sedang mengajar mata pelajaran Matematik di dalam
sebuah kelas.
2. Murid-murid di dalam kelas itu menumpukan perhatian semasa guru
mereka sedang mengajar.
3. Seorang murid lelaki sedang berdiri untuk menjawab soalan daripada
gurunya.
4. Terdapat sebuah almari untuk menyimpan buku latihan murid-murid di
dalam kelas ini.
5. Beberapa orang murid sedang sibuk menulis catatan di dalam buku latihan
masing-masing.
Format Karangan
Format Karangan
1. Baca soalan terlebih dahulu, kemudian lihat gambar dengan teliti.
2. Fahami kehendak, maksud perkataan, situasi, umum dan aktiviti.
3. Ayat yang dibina mestilah:
(a) jelas dan boleh difahami
(b) perkataan dalam ayat tidak berulang-ulang.
(c) perkataan yang digunakan sesuai dengan gambar.
(d) ejaan, tanda bacam imbuhan serta kosa kata yang
digunakan mestilah tepat.
1. Baca soalan terlebih dahulu, kemudian lihat gambar dengan teliti.
2. Fahami kehendak, maksud perkataan, situasi, umum dan aktiviti.
3. Ayat yang dibina mestilah:
(a) jelas dan boleh difahami
(b) perkataan dalam ayat tidak berulang-ulang.
(c) perkataan yang digunakan sesuai dengan gambar.
(d) ejaan, tanda bacam imbuhan serta kosa kata yang
digunakan mestilah tepat.
Latihan Kata Penguat
Latihan:
Garisi kata penguat yang terbaik.
1. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yang (terlalu, sangat, sekali) gagah.
2. Pakaian yang dijual di pasar raya itu (nian, sekali, agak) mahal.
3. Cantik (paling, agak, sangat)bekas tangan pemuda yang cacat anggota itu.
4. Marah ( paling, benar, sangat) Puan Norizan hari ini kerana ananknya didapati ponteng sekolah.
5. Cepat (sekali, agak, peling)dia menyiapkan kerja sekolahnya.
Garisi kata penguat yang terbaik.
1. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yang (terlalu, sangat, sekali) gagah.
2. Pakaian yang dijual di pasar raya itu (nian, sekali, agak) mahal.
3. Cantik (paling, agak, sangat)bekas tangan pemuda yang cacat anggota itu.
4. Marah ( paling, benar, sangat) Puan Norizan hari ini kerana ananknya didapati ponteng sekolah.
5. Cepat (sekali, agak, peling)dia menyiapkan kerja sekolahnya.
Latihan Kata Pemeri
Latihan:
Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang betul.
Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang betul.
1. Encik Ramli__________Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.
2. Hadiah ini_________untuk anak Puan Rosnah.
3. Mesyuarat_________tentang masalh pengeluaran produk.
4. Cakera padat digital___________alat penyimpan data digital.
5. Sesetengah wayang_________tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
6. Mendaki gunung_________aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda.
Jenis Ayat
* Terdapat 4 jenis ayat, iaitu:
i) Ayat Penyata
ii) Ayat Tanya
iii) Ayat Seruan
iv) Ayat Perintah
Ayat Penyata
* ia ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
Contoh:
1) Pencuri itu telah ditangkap.
2) Pokok rambutan itu lebat buahnya.
3) Mereka menjamu selera di warung.
Ayat Tanya
* ia ialah ayat untuk menanyakan sesuatu.
Contoh:
1) Di mana kamu tinggal?
2) Bila dia akan datang?
3) Mengapakah budak itu menangis?
Ayat Seruan
* ia ialah ayat untuk melahirakan sesuatu perasaaan seperti
gembira, hairan, takut, geram aau sedih.
Contoh:
1) Wah, tingginya bangunan itu!.
2) Eh, dia pula yang datang.
3) Syabas, kamu telah berjaya!
Ayat Perintah
* ia ialah ayat untuk memberi arahan, larangan, silaan atau
permintaan.
Contoh:
1) Jangan pijak rumput.
2) Susun barang-barang ini.
3) Harap kamu cepat sembuh.
Bentuk Ayat
* Terdapat dua bentuk ayat:
i) Ayat Tunggal
ii) Ayat Majmuk
i) Ayat Tunggal
* ia ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
* ia boleh terbina daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
ayat seruan, ayat aktif atau ayat pasif.
Contoh:
1) Ani sedang tidur.
2) Raju menjadi pelukis?
3) Tolog keluar!
4) Wah, besarnya kereta bapa!
5) Buku itu saya pinjam.
ii ) Ayat Majmuk / Ayat gabungan
* ia ialah ayat yang terdiri daripada dua tunggal atau lebih.
Contoh:
Dia rajin.
Dia pandai.
Dia suka menolong.
Dia rajin, pandai dan suka menolong.
Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Latihan:
Teliti ayat-ayat aktif di bawah. Tukarkan ayat-ayat ini supaya menjadi ayat pasif yang sempurna.
1. Adik Kai Min minum susu.
__________________________________________
2. Rosnah menulis karangan itu.
__________________________________________
3. Murid-murid mematuhi peraturan sekolah.
__________________________________________
4. Cikgu Lim memberi arahan kepada murid-muird.
____________________________________________
Latihan:
Teliti ayat-ayat pasif di bawah. Tukarkan ayat-ayat ini supaya menjadi ayat aktif yang sempurna.
1. Lantai rumah dicuci oleh emak dan kakak.
________________________________________________
2. Bangunan itu diruntuhkan oleh pekerja-pekerja.
_________________________________________________
3. Pasu bunga ini kamu pecahkan.
_______________________________________________
4. Kuih-muih ini disediakan oleh emak saudara Salmah.
_________________________________________________
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Ayat Aktif
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-.
Contohnya:
(a) Emak memasak nasi di dapur.
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
(d) Ali menternak ikan emas di dalam akuarium
Ayat Pasif
1. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
2. tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
iii. Pensel ini saya asahkan.
3. berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
ii. Ikan emas diternak oleh Ali di dalam akuarium.
iii. Meja dilap oleh Susan dengan kain.
Latihan Kata Ganti Diri Ketiga
Latihan:
Isikan tempat kosong dengan Kata ganti diri pertama yang sesuai.
Isikan tempat kosong dengan Kata ganti diri pertama yang sesuai.
1. telah memenangi hadiah johan dalam pertandingan Bahasa Melayu.
2. bertiga tinggal sekampung di Teluk Bahang.
3. merupakan seorang guru yang berdedikasi dan penyayang.
4. Sultan Perak akan berangkat ke pekan Lumut. Akan merasmikan Pseta Laut Lumut.
5. Adik saya menangis terseak-esak kerana digigit oleh anjing jiran saya.
Kata Ganti Diri Ketiga
Kata Ganti Diri Ketiga第三人称代名词(不在谈话中的人)
(a) ia merujuk kepada orang ketiga. .
Contoh : dia, ia, mereka, beliau, baginda
Contoh:
1) Dia bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.
2) Ia akan didakwa di mahkamah tidal lama lagi.
3) Mereka sedang bermain bola sepak di padang.
4) Beliau menyeru murid-murid supaya berusaha untuk mencapai kecemerlangan..
5) “ Beta sungguh gembira dan bangga,” titah baginda.
Latihan kata Ganti Kedua
Latihan:
Isikan tempat kosong dengan Kata ganti diri kedua yang sesuai.
1. “Siapakah nama budak yang maksudkan?”tanya Norni kepada kawanya.
2. Apakah tanggungjawab sebagai seorang murid?
3. Rakyat menjunjung segala perintah .
4. dikehendaki berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar nasihat Guru Besar.
5. “ Apakah tujuan berpakat dengan Maniam?” tanya kakak kepada saya.
6. Semoga kehadiran akaan memeriahkan lagi majlis itu.
Kata Ganti Kedua
Kata Ganti Diri Kedua 第二人称代名词(听者)
(a) ia merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
Contoh : awak, kamu, anda, engkau, tuanku, kalian
Contoh:
1) Awak mesti menyertai latihan bola sepak petang ini.
2) Kamu dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Ang.
3) Saya berharap anda akan menghadiri majlis hari jadi saya.
4) “ Mengapakah engkau tidak hadir ke sekolah semalam,” tanya Laili kepada Kim Seng.
5) “ Ampun tuanku, ampun tuanku,” kata Panglima Hitam.
6) “ Bilakah kalian akan melawat saya,” tanya Susan kepada kawan-kawannya.
Latihan Kata Ganti Nama
Latihan:
Isikan tempat kosong dengan Kata ganti diri pertama yang sesuai.
Isikan tempat kosong dengan Kata ganti diri pertama yang sesuai.
1. Emak menjahit baju untuk adik-beradik.
2. tetap akan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang
lebih cemerlang.
3. Sejak berlakunya peristiwa itu, adik tidak nakal lagi.
4. “ akan menunaikan janji hamba,” kata Hang Tuah.bercakap.
5. “ akan melaksanakan perintah baginda,”jawab Bendehara.
6. “ Marilah membaca buku cerita,” kata Vhong Meng kepada rakan-rakannya.
7. “ Siapakah yang tekah mengambil pengasah ,” tanya Kumar.
8. “ akan menghadiri kamu sebidang tanah,” titah Sultan Iskandar.
9. “ tidak sabar menunggu lagi,” kata Halim kepada sahabat karibnya.
10. sekeluarga akan berpindah rumah ke Alor Gajah, Melaka.
Kata Ganti Diri
* ia ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
* ia menunjukkan makna tunggal dan makna jamak.
* Tunggal bererti satu dan jamak bermaksud lebih daripada satu.
* Kita sentiasa menggunakan kta ganti diri dalam perbualan harian.
* Kata ganti diri terbahagi kepada 3 jenis:
i) Kata ganti diri pertama
ii) Kata ganti diri kedua
iii) Kata ganti diri ketiga
Kata Ganti Diri Pertama 第一人称代名词(说者)
(a) ia merujuk kepada diri sendiri.
Contoh : saya, aku, hamba, beta, patik
(b) ia juga merujuk kepada diri sendiri dan orang lain.
Contoh: Kita , Kami
Contoh:
1)Saya dan keluarga akan melancong ke Hong Kong.
2)Aku tidak ingin berkunjung ke rumah Swee Lin.
3)Hamba tidak pernah mencaci orang.
4)“ Beta hendak semua rakyat bersatu padu,” titah sultan itu.
5)“ Patik akan cuba menyembuhkan putera beta,” kata Bendahara.
6)Kita harus menjaga kebersihan kawasan sekolah.
7)Kami akan melawat kamu di Kangar, Perlis.
Latihan kata Nafi
Latihan:
Isikan tempat kosong dengan Kata Nafi yang sesuai.
1. Makanan ini sesuai untuk kanak-kanak.
2. Penjaja yang berbaju biru itu bapa saya.
3. Kota’s Famosa terletak di negari Kelatan.
4. Walaupun usia Ali sudah meningkat remaja, dia masih pandai bercakap.
5. Rumahnya di Taman Aman.
Latihan Kata Arah
Latihan:
Isikan tempat kosong dengan Kata Arah yang sesuai.
1. Kok Long berdiri di bilik darjah.
2. Emak menyimpan ikan di peti sejuk.
3. Bola itu di kerusi.
4. Encik Tan berdiri di keretanya.
5. Beg sekolah Ali di meja.
6. Jenny berdiri di Sau Mei.
Latihan Kata Nama & Kata Nama Khas
Latihan:
A.Kelaskan kata nama am berikut mengikut jenisnya.
Benda | Orang | Tempat | Haiwan | Bangunan |
Latihan:
B.Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.
1. Kakak Sarim belajar di .
2. Kereta ialah kereta keluaran Proton yang terbaru.
3. ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bayu.
4. Rancangan televisyen kanak-kanak yang bertajuk “ ” digemari ramai.
5. Pesakit lelaki iru dirawat oleh .
6. merupakan tempat pelancongan yang terkenal.
Karangan Jenis Laporan
Karangan Jenis Laporan
Panduan Mengarang
1. Laporan ialah karangan jenis berformat. Tajuk laporan( bergaris), tandatangan dan nama murid serta tarikh laporan hendaklah ditulis.
2. Terdapat 2 jenis laporan, iaitu laporan peristiwa dan laporan tahuan persatuan.
3. Dalam laporan peristiwa, laporkan yang dilihat, didengar atau diketahui tanoa memasukkan pendapat atau perasaan peribadi.
4. Untuk laporan tahunan persatuan, selain daripada tajuk, anda hendaklah menyenaraikan jawatankuasa persatuan serta herapan persatuan pada masa akan datang.
5. Jangan gunakan kata-kata yang indah. Gunakan bahasa yang tepat dan ringkas.
Karangan Jenis Surat Rasmi
Karangan Jenis Surat Rasmi
Panduan Mengarang
1. Surat rasmi biasanya ditulis untuk memesan buku, memohon kebenaran, jawatan, rayuan,cadangan,aduan dan jemputan.
2. Surat ini ditulis kepada pihak tertentu seperti pertubuhan, syarikat, orang yang mewakili pihak tertentu secara rasmi.
3. Alamat penulis dan penerima, penggilan, tajuk/tujuan menulis surat dan tandatangan ditulis di sebelah kiri surat.Perenggan-perenggan surat hendaklah dinomborkan mulai perenggan kedua. Baris terakhir alamt penerima hendaklah digarisi dalam HURUF BESAR kesemuanya. Tarikh menulis surat hendaklah sebaris dengan baris terakhir alamat penerima surat.
4. Biasanya, panggilan secara rasmi menggunakan tuan atau puan.
5. Tajuk surat/tujuan menulis surat hendaklah ditulis selepas panggilan serta digarisi. Setiap huruf pertama semua perkataan dalam tajuk hendaklah ditulis dalam huruf besar.
6. Selepas tandangan, nama pemulis yang lengkap mestilah ditulis dalam kurungan dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya.
7. Tuliskan jawatan anda jika ada.
8. Gunakan bahasa yang sopan dan rasmi( tidak seperti dalam surat tidak rasmi).
Perkataan / Frasa/ Ayat yang digunakan 1. Merujuk perkara di atas, / Berhubung dengan perkara di atas, ... 2. Sehubungan itu,/Oleh itu,... 3. Untuk memakluman tuan/puan,/ Untuk pengetahuan tuan/puan,... 4. Surat yang bertarikh... 5. Justeru,... 6. Berserta surat ini, saya lampirkan cek yang bernombor... / bernilai RM... 7. Saya meminta jasa baik pihak tuan agar... 8. ...mempertimbangkan permohonan kami... 9. ...secepat mungkin. 10. Jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih, 11.Yang benar, / Yang menjalankan tugas, |
Subscribe to:
Posts (Atom)